SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday, 13 October 2014

KOMPONEN RANGKAIAN

Komponen Rangkaian terdiri daripada:

  • Kabel Rangkaian
  • Kad antaramuka rangkaian (NIC)
  • Hab
  • Suis (Switch)
  • Modem
  • Penghala (Router)
  • Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access Point)
KAD ANTARAMUKA RANGKAIAN (NIC)

HAB

ROUTER

WIRELESS ACCESS POINT


MODEM 1

MODEM 2

JENIS RANGKAIAN

JENIS-JENIS RANGKAIAN
  • Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

- Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
- Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau
kampus.
– Fungsi asas LAN
a) Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.
b) Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
c) Cara pemasangan
Rangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

  • Rangkaian Kawasan Luas (WAN)

a) Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas.
b) WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
c) Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
d) Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.

  • Rangkaian Kawasan Metropolitan MAN

a) Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
b) Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
c) Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
d) Contoh penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.

MAKSUD RANGKAIAN

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi. (WIKIPEDIA)



KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
  •  Berkongsi Fail
  • Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
  • Menimdahkan Fail
  • Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
  • Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
  • Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
  • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
  • Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
  • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
  • Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
  • Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
  • Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.